About Me

My photo
i made mistakes a lot. I complaint a lot. I came with fuckloads of emotional garbage with me.

Wednesday, March 25, 2009

Kesederhanaan ini

Ini aku. Seikhlasnya ini adalah aku. Yang serba tiada tapi aku punya rasa untuk kau. Aku mungkin mentah. Tapi aku rasa aku sangat kenal dunia ini. Kerana aku melihatnya melalui matamu. Aku mendengarnya melalui telingamu. Aku merasakannya dgn hatimu. Dgn keadaan aku yang tersendiri.. Dengan kebodohan ini.. Ironinya aku bahagia.

Adakah aku telah menjadikan kau sebagai titik bagi aku menilai segalanya tentang kehidupan dan cinta? Mungkin. Kau tak datang dgn mengatakan betapa kau istimewa berbanding lelaki lain. Aku tahu itu dengan sendiri. Kau tak datang dengan mengatakan betapa kau seorang yang matang dan punya segala dalam hidup. Aku tahu itu dengan sendiri. Kau tidak datang dengan menggoda aku. Aku tergoda dengan sendirinya. (wah gatalnya..)

Kau tak menyanyi untuk buat ku jatuh cinta. Aku terjatuh dengan sendiri. Kau tak tanya padaku, apa yg hebat tentangmu, apa lagi menceritakannya padaku. Segalanya tentangmu, aku tahu sendiri. Dengan mengenalmu, aku mengenal diri sendiri. Sebab semua ni la, kau lain dari species yang ada sekarang. Jadi jgn ingat aku ada lelaki lain sayang. Jgn ingat aku mudah jatuh cinta sayang. Walau sekali pun, bukan rezeki kita untuk bersama, aku tetap cinta kau dengan kesederhanaan ini. Kesederhanaan dengan erti kata, cinta kita tak mesti bersatu.

Kau tak gedik dengan perempuan lain. Kau tak pernah lupa mengingatkan aku betapa kau cinta padaku di setiap kali kau mahu pergi. Kau seorang lelaki yg konsisten. Tak pernah sekali pun kau berubah. Kau sgt manja. Kau sukar untuk ku gambarkan tapi kau lah yg paling aku dambakan. Bila marah, kau tidak meninggikan suara. Cuma kau akan masuk gua. Apalah yg ada dalam gua yg gelap gelita tu. Rasa nak bom semua gua dalam dunia ni. Berjam2, berhari aku tunggu depan pintu gua.. Tapi walau kau pergi, kau selalu pulang pada aku.

Sampai aku yakin kini aku tak mampu lagi berdiri tanpamu. Walau apa yang terjadi.. kau adalah lelaki. Aku percaya segala keputusan yang kau buat adalah yang terbaik untuk ku. Tinggalkan aku? Hanya itula satu-satunya keputusan dari kau yg aku tak mungkin mampu hadapi. Kau berbeda. Kerana itu. aku cinta padamu dengan kesederhanaan ini.


No comments:

Post a Comment