About Me

My photo
i made mistakes a lot. I complaint a lot. I came with fuckloads of emotional garbage with me.

Wednesday, June 30, 2010

Apa nak buat ni?

Today, when I was driving, I saw a rainbow. "Cantiknya", I thought to myself. Dah lama aku tak tengok rainbow. Tiba2 aku nampak pula. Aku pernah kata kau macam pelangi. Bila ribut taufan dan hujan dah berhenti, kau muncul. Cantiknya.. Tapi sayang, aku tak pernah bgtau kau yang kau dtg sementara je, macam pelangi.

Aku tak tahu, kenapa aku menangis sekarang. Sebab aku rasa kau jahat sgt buat aku macam ni. Sebab aku rasa kau jahat sgt sebab mungkir janji. Teruknya aku rasa bila kau sakitkan hati.

Aku xsuka jatuh cinta. Aku xmahu jatuh cinta lagi. Tapi aku sunyi sendiri. Apa aku nak buat ni?

Friday, June 25, 2010

Asyik MC je!

Adoyai.. hari ni susah betul aku nak bangun. Penat semacam je badan ni aku rasa. Dulu aku x mcm ni. Aku rasa reasonnya ialah aku x suka kerja aku. Sebab aku x suka kerja aku ialah kerana boss aku tu is a pain in the ass. Dulu, aku ingat aku boleh stand semua orang. Tapi ternyata, x semua org aku leh handle. Nak nak pulak yang macam boss aku ni. First time la aku jumpa org macam tu, and aku harap x jumpa lagi. Workload dah la satu hal, ditambah pula dengan perangai boss aku yang entah apa-apa and kolej pulak nak main-main time bayar gaji. Makanya, aku tender resignation notice of 2 weeks dari position English Lecturer ni. Haaaa jgn main2. Aku ni gila sikit. Aku xsuka, aku blah.. tanpa memikir panjang.

Aku sayang students aku cuma management yg teruk. I have to go. Jgn risau, aku dah dpt kerja lain. 1hb ni aku start. Diorg pun offer slightly better pay. Hari tu aku dah MC, hari ni pun MC lagi. Asyik MC je. Aku dah xde hati sebenarnya. Minggu ni je aku kerja 2 hari. Aku memang bukan profesional. Aku memang suka buat perangai and ikut hati. Tu pun kalau aku x happy. Ye la life bukan selalu happy. Tapi ni kerja beb! Working environment kenala happy! Barula motivated to go to work. I hate the management and my boss! Kelly sungguh!

Boss aku skunk tgh bagi aku one kind of a look. Yg pasti aku xsuka tat kind of look. Aku gitau boss aku sebab aku nak resign ialah becos of the late salary. Ada byk reason yg aku simpan, tapi late salary is the main reason y aku nak resign. Management plak try to potray kat boss aku yg aku resign becos of the workload bukan pasal late salary. I repeat again, yes workload is like hell! But at least dah penat, i hope to get what i expected (salary) on time! Payah sgt ke nak paham? Masa meeting tu plak boss aku MC. Dia mungkin dgr cerita version lain. Aku pun dah xde hati. So I couldnt care less and I couldnt be bothered!

Kereta aku plak meragam. Xleh nak salahkan dia gak. Dah lama dia x meragam. Apala salahnya dia meragam sekali sekala. Tapi sekali dia meragam, aku yang sakit... Adoiyai. So aku nak balik kg hari ni. Aku sempit duk kl ni. Buhsan. Jadi just nak bgtau aku mc hari ni sebab "x sihat". Okla. Aku nak siap2 and drive. Nanti aku bitchin lagi.

Friday, June 18, 2010

Cerita Tentang Bulan..

Andai kita bicara tentang bulan, macam2 yg aku rasakan. Aku suka bulan. Kerana aku rasa tenang tiap kali aku lihat bulan. Aku banyak cerita tentang bulan. Semasa aku masih anak-anak kecil, ayahanda akan memandu kereta. Melalui jalan lama.. Sambil menemani ayahanda, aku akan menjenguk keluar tingkap kereta. Aku masih teringat, malam itu sgt terang. Lalu aku lontarkan pandangan ke langit tinggi. Lalu aku terpandang bulan yang terang. Tika itu, aku ingin sekali jadi seperti ayanhanda. Memandu kereta dengan pro sekali. Kini aku sudah 25 tahun. Bukan anak-anak kecil lagi. Aku sudah memandu, dan bonda pernah berkata, pemanduan ku seperti ayahanda. Begitu dekat sekali persamaannya. Dalam perjalanan pulang ke kampung, dadaku akan berdebar-debar. Tak sabar mahu berjumpa opah. Bulan pada malam itu, simbol kerinduanku pada opah. Simbol kerinduan ku pada kampung halaman.

Bila remaja, aku merantau pula. Menyambung pelajaran demi segulung ijazah. Dalam perjalanan itu, aku ditakdirkan bertemu dengan cinta hatiku, yang kini telah pergi. Bila berjalan merentasi tennis court, dan dia berada dihujung talian.. dia memandang bulan. dia katakan padaku bahawa bulan sangat terang pada malam itu. Lalu, aku lontarkan pandangan ke langit nan tinggi. CANTIK bisikku padanya. Setelah beberapa tika yg lama tidak memandang bulan, aku bersua mata dengan sang bulan lagi. Saat dia dan aku jauh, pandangan kami tertumpu pada sesuatu yang sama. B.U.L.A.N Bulan pada masa itu, simbol cintaku padanya. Bulan pada masa itu, saksi kepada sebuah kebahagiaan.

Malam ini aku mahu pulang ke kampung halaman. Ingin dekat dengan bonda dan ayahanda. Dan berada di negeri tanah tumpahnya darahku, aku ingin melihat bulan lagi.. Dan malam ini, bulan akan menjadi simbol penemanku yang sendiri. Dan bulan tentu tau apa didalam hatiku.