About Me

My photo
i made mistakes a lot. I complaint a lot. I came with fuckloads of emotional garbage with me.

Friday, June 18, 2010

Cerita Tentang Bulan..

Andai kita bicara tentang bulan, macam2 yg aku rasakan. Aku suka bulan. Kerana aku rasa tenang tiap kali aku lihat bulan. Aku banyak cerita tentang bulan. Semasa aku masih anak-anak kecil, ayahanda akan memandu kereta. Melalui jalan lama.. Sambil menemani ayahanda, aku akan menjenguk keluar tingkap kereta. Aku masih teringat, malam itu sgt terang. Lalu aku lontarkan pandangan ke langit tinggi. Lalu aku terpandang bulan yang terang. Tika itu, aku ingin sekali jadi seperti ayanhanda. Memandu kereta dengan pro sekali. Kini aku sudah 25 tahun. Bukan anak-anak kecil lagi. Aku sudah memandu, dan bonda pernah berkata, pemanduan ku seperti ayahanda. Begitu dekat sekali persamaannya. Dalam perjalanan pulang ke kampung, dadaku akan berdebar-debar. Tak sabar mahu berjumpa opah. Bulan pada malam itu, simbol kerinduanku pada opah. Simbol kerinduan ku pada kampung halaman.

Bila remaja, aku merantau pula. Menyambung pelajaran demi segulung ijazah. Dalam perjalanan itu, aku ditakdirkan bertemu dengan cinta hatiku, yang kini telah pergi. Bila berjalan merentasi tennis court, dan dia berada dihujung talian.. dia memandang bulan. dia katakan padaku bahawa bulan sangat terang pada malam itu. Lalu, aku lontarkan pandangan ke langit nan tinggi. CANTIK bisikku padanya. Setelah beberapa tika yg lama tidak memandang bulan, aku bersua mata dengan sang bulan lagi. Saat dia dan aku jauh, pandangan kami tertumpu pada sesuatu yang sama. B.U.L.A.N Bulan pada masa itu, simbol cintaku padanya. Bulan pada masa itu, saksi kepada sebuah kebahagiaan.

Malam ini aku mahu pulang ke kampung halaman. Ingin dekat dengan bonda dan ayahanda. Dan berada di negeri tanah tumpahnya darahku, aku ingin melihat bulan lagi.. Dan malam ini, bulan akan menjadi simbol penemanku yang sendiri. Dan bulan tentu tau apa didalam hatiku.

No comments:

Post a Comment