Bila cinta, semuanya indah. Kita bagi hati, kita bagi kepercayaan, walau maruah sekalipun kita serahkan. Tapi bila bercinta, sebenarnya tak semuanya indah. Tambah2 lagi bila yang kita cinta itu, milik orang. Yang hatinya dah tentu2 sentiasa terisi dengan cinta yang lain. Ironinya, menyintai orang ini, membuat aku terasa segala yang tak mungkin adalah mungkin. Aku rasa, aku tak boleh itu. aku rasa aku tak boleh ini. tapi aku terasa semuanya boleh kalau dia yang mendorong. Lihatlah betapa aku mengagungkan cinta dia. Orang yang aku cinta ini sangat baik.
Tetapi mungkin ada salahnya aku juga, sehingga dia yang lemah lembut boleh meninggalkan aku begitu saja. Seolah tidak punya hati dan perasaan. Jelas sekali aku tak sepatutnya terlalu mencintai dia sehingga tiada sisa untuk aku mencintai diri aku. Sudahnya hati aku yang remuk dan berkecai. Aku ingin sekali membenci dia. Tapi aku fikir tiada gunanya membenci dia, yang pernah menyintai aku dan banyak berbudi terhadap diri aku. Jika dulu aku menyintainya dan redha andai tidak bersama, mengapa mahu membenci sekarang dan mempertikaikan?
Jadi aku putuskan, untuk memejam mata ini dan bila terbuka esok, aku anggap semuanya mimpi. Dan ya.. indahnya mimpi itu. tetapi pengakhiran tidaklah begitu membahagaiakan. Tapi tidak mengapa, semuanya mimpi saja. Bila ku bangun tidur, semua yang seperti didalam mimpi tidak pun terjadi. Tiada lagi deringan telefon, Tiada lagi senda tawa. Aku bangun dan aku dapati aku sendiri melewati hari2 yang berlalu. Aku sedih dan mahu tidur semula untuk kembali kepada mimpi itu. Tapi aku bukan anak2 kecil lagi. Seandainya aku kembali bermimpi, segala yang realistik akan aku tinggalkan. Sudah la selama ini aku berpaling dari org yang menyayangi aku dan aku hanya memandangkan kepadanya yang aku cintai. Aku fikir it's better for me to stay awake.
There are other things that need my attention. Jadi aku teruskan melangkah, aku terus senyum mendengar jenaka kawan2. Aku pulang ke kampung halaman mencari ketenangan bersama keluarga. Cuma penawarnya (opah)sudah tiada. Jadi aku fikir, luka yang dalam ini mungkin perlukan masa untuk sembuh. Lambat atau cepat, semua ini pengalaman yang mematangkan fikiran. jadi kepada insan yang datang dan menghulurkan cinta, aku sambut dengan mesra. Maafkan aku atas ketidak sempurnaan diri ku dan pulihkan ku sediakala.
Kalau aku rindukan dia sekalipun, ada yang lebih aku rindukan.
No comments:
Post a Comment